Alor Setar : Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melengkapkan pertukaran pemain importnya apabila mengikat pemain kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi pada jendela perpindahan kedua bagi menghadapi saingan Piala AFC dan sambungan Liga Malaysia pada musim ini.
Mahmoud yang beraksi di posisi tengah ini adalah import kuota Asia yang masuk bagi mengisi kekosongan selepas pemain pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk Won yang tidak lagi bersama pasukan selepas mencapai persetujuan penamatan kontrak lebih awal.
Kemasukan Mahmoud juga adalah pertukaran pemain import yang kedua buat KDA FC selepas mengikat pemain kuota Asean, Sanrawat Dechmitr dari…