
KOTA KINABALU: Delegasi Universiti Malaysia Sabah (UMS) menikmati pertukaran budaya melalui program LINC 3.0 yang dianjurkan pihak Hannam University di Youth Bunker, Daedeok Korea Selatan.
Program dikendalikan Profesor Peter Lee, melalui bimbingan Dekan LINC3.0 Profesor Won Gu-Hwan dan disokong Datuk Bandar Daerah Dae Deok, Choi Chung-Gyu dengan inisiatif memupuk kerjasama global antara industri dan akademik.
Sepanjang program dijalankan, pelbagai aktiviti bermakna yang disesuaikan untuk pensyarah dan pelajar UMS termasuklah persembahan…