Hyundai dan Kia telah mengumumkan pembangunan satu sistem yang digelar sebagai Information and Communication Technology (ICT) Connected Shift System, di mana menurut mereka, boleh menukar kepada gear yang paling optima secara automatik selepas mengenal pasti keadaan jalan dan trafik di hadapan.
Menurut dua syarikat tersebut, teknologi penjangka yang pertama di dunia ini nanti akan dipasang pada kenderaan mereka, dan semasa pembangunannya, sekitar 40 paten utama telah difailkan di Korea Selatan dan beberapa negara lain.
ICT Connected Shift System menggunakan informasi masa sebenar yang didapati daripada kamera di kenderaan,…
