
Petron Malaysia sekali lagi menganjurkan kempen Pam dan Menang Jom Jalan-Jalan, edisi kali ini dengan kerjasama Organisasi Pelancongan Korea (KTO) Malaysia serta ONE TV Asia. Bermula 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, pelanggan Petron Miles (P-Miles) berpeluang memenangi percutian percuma ke Korea Selatan melalui ‘Jom Jalan-Jalan Seoul’, dan berpeluang menyaksikan K-Pop atau K-Drama!
“Hari ini, Korea telah menjadi salah satu destinasi pelancongan utama untuk rakyat Malaysia. Kerjasama kami dengan KTO dan ONE TV Asia adalah tepat pada masanya kerana kami berhasrat untuk memberi ganjaran kepada pelanggan kami menerusi…